Monday, April 30, 2018

MUA muda yang berpandangan jauh ke depan

(FB entry 19 Ogos 2015)

Semalam di fb saya ramai yang puji muka lainlah..cantiklah..lepas di make up kan. Jadi saya nak share cerita pasal adik yang make upkan saya semalam.

Inilah adik yang make up kan saya semalam. Duduk-duduk saja adikni minta adjust scarf yang saya pakai. 'Kak, tarik belakang sikit, adik nak letak bedak' katanya sambil menarik anak tudung saya ke belakang. (Adikni memang membahasakan diri dia adik)

Alamak! pecah rahsia saya! Dahla rambut da gugur semuanya disebabkan chemo treatment. Cuak juga..sebab selalunya memang try as much as possible to cover up..ini dah kantoi la pulak!

'Eh, sorry akak! Tak pe, kita cover paras ni' kata adikni lagi upon realising. Agaknya perasan muka saya da lain kot.. dia bertanya lagi tentang saya. Buat shooting untuk apa..saya jawab ringkas, untuk cancer awareness. 'Ooo akak kena cancer apa?' Mula-mula macam nak tak nak jawab, almaklumlah dengan orang tak kenal. Tapi tak tahu apa pasal saya layankan ajalah..sebab memang dah agak lama saya akan duduk dengannya, takkan nak buat-buat tidur pulak.

Nak lari topik punya pasal, saya bertanyakan tentang dirinya pula. Sembang punya sembang Sedar tak sedar dah satu jam lebih saya di make upkan oleh adik ini. Sepanjang sejam lebih tu banyak yang saya pelajari darinya.
'Adikni belajar malas kak, suka nak make up je, so adik buatla kerja ni' katanya sambil sengih-sengih.
'Ada belajar make up ke, cantik awak make up ni' saja puji. Tapi memang bagus pun kerjanya.
'Tak kak..orang kata ada talent.hehehe' dia gelak lagi.
'Tak pe dik..ada ramai je orang yang belajar tinggi tapi malas cari kerja.'
'Hahahaha..betul kak!' Katanya lagi.

Selepas tu dia mula bercerita tentang dirinya.
Umurnya masih muda, nak hampir 10tahun muda dari saya. Tetapi seawal dari awal 20 an dia telah menjadi ibu tunggal beranak 1. Di ceritakannya tentang bagaimana dia susahnya dia mengetuk rumah ke rumah mencari orang untuk menjaga anaknya disebabkan dia mahu bekerja. Mahu sara anaknya. Mahu bayar rumahnya.

Bila saya cakap rumahnya, ya memang benar rumahnya sendiri. Dia tidak meny
ewa. Dalam usia yang muda dia sudah punya rumah. Jadi katanya tidaklah dia merempat bersama anaknya yang masih bayi ketika itu. Kerja siang malam untuk membesarkan anak. Ketika dengar tentang ceritanya punya rumah, sememangnya saya kagum amat dengan adik ini. Kalau tengok gayanya memang tak macam orang yang punya pandangan jauh.tapi kata orang 'don't judge the book by its cover'. Sama jugalah dengan saya..nampak je cun (perasan) masa pakai tudung..sekali skinhead daa..hahaha.

'Kakak, adik nak tanya, kalau adik nak sewakan rumah adik tu ok tak?'
Wah! Nak sewakan pula! Rupanya dia sudah berumahtangga sekarang. Diberitaunya nak buat refinance tak lepas.

Dengar saja refinance saya rasa macam ada elektrik karen. Sebab ramai orang muda-muda yang saya jumpa (tidak semua) yang beli rumah, lepas beberapa tahun buat refinance. Bukan untuk buat investment ke apa, saja-saja nak duit extra buat joli. Tapi adikni macam tahu saja apa difikiran saya.

'Tak kakak, adik tak nak ambil duit lebih, nak kurangkan bayar bulanan je' katanya sambil menyuruh saya 'bukak mata, pandang atas' letak eyeliner. Adoi..berair biji mata orang yang jarang-jarang make up ni..

'Tak refinance pun tak apa dik. Sebab awak nak sewakan rumah tu. Duit orang bayar sewa tu boleh buat bayar loan. Tapi tiap bulan kalau boleh, duit yang awak guna buat
Bayar rumah tu, kumpul satu tempat. Bila dah ada beberapa ribu, baru awak ambil buat bayar loan. Jadi jumlah pokok loan awak akan berkurangan. Bila rumah da habis bayar, boleh beli rumah baru. Sewa yang awak dah dapat tu boleh jadi passive income sebab dah tak bayar loan lagi dah .'

'Kalau bayar lebih tiap-tiap bulan tak boleh ke kak?'

'Dik, kalau adik nak bayar lebih tiap-tiap bulan, nak kena contact bank bagitahu nak kurangkan principal loan, kalau tak, dikira sebagai bayaran bulanan jela, yang interestnya ditolak dulu, bukan dikurangkan loan pokok tu.'

Berubah terus muka hasil make up adik tadi.
 Mj yang belah kiri, kanan, Jully kawan survivor Mj.
Adik tu mengangguk-ngangguk dan kami terus berbual dari satu topik ke topik yang lain.Alhamdulillah, seronok dapat kongsi sedikit ilmu pada adik yang muda dan hebat macam adik make up artist ni. Semoga bermanfaat baginya.

'Kakak, dah siap. Hehehe..cantik akak! Adik memang nak buat kakak cantik-cantik. Kasi akak happy! Kakak kena happy tau! Nanti jangan pakai spek..tak nampak matani..penat tau buat!' Katanya lagi sambil gelak-gelak. Ekspresi mukanya tak pulak saya nampak sebab tak pakai spek dan power memang tinggi tahap gaban.

Terima kasih adik yang baik hati. Memang kakak terasa CUN semalam. Semuanya sebab adik yang make up kan. Semoga Allah murahkan rezeki adik dan permudahkan segala urusan adik. Dan kakak harap sharing kakak semasa kita bersembang semalam tentang PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI buat adik bermanfaat untuk adik. I love my job cause it helps me to help other people! Semoga adik bertambah berjaya dalam hidup adik ya!

P/s : masa sekolah dulu ada istilah 'simbiosis'. Tak ingat dengan detail apa maknanya. Tapi rasanya lebih kurang macam diatas. Lebih kurang.

SHO

#possiblepossibilities
#pinkMJ

No comments:

Post a Comment

MUA muda yang berpandangan jauh ke depan

(FB entry 19 Ogos 2015) Semalam di fb saya ramai yang puji muka lainlah..cantiklah..lepas di make up kan. Jadi saya nak share cerita pasal...