Monday, April 23, 2018

Konsep Pasar Madinah dalam perniagaan.

Bila saja  bercakap mengenai penghijrahan Rasullullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah, semua umat islam tahu! Sejak dari zaman sekolah lagi, setiap kali Maal Hijrah, mesti ada persembahan nasyid, dengan lirik lagu yang sama,


Satu Muharram Detik Permulaan

Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan

Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua

Kita Sambut Maal Hijrah



Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman




Replika Masjid Nabawi yang asal pada zaman Rasulullah s.a.w
di Muzium Madinah

Mj rasa, semua budak sekolah hafal liriknya dan semua orang tahu, penghijrahan itu dilakukan untuk mempersaudarakan kaum Muhajirin dari Mekah dengan kaum Ansar dari Yathrib (nama asal Madinah). Semua orang juga tahu, rentetan dari penghijrahan inilah, terdirinya Masjid Nabi yang juga dikenali dengan nama Masjid Nabawi.

Jadi, kali ni, Mj nak share satu lagi tempat yang terdiri rentetan dari peristiwa hijrah ini, iaitu 'Pasar Madinah'. Pasar Madinah ini di dirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan beberapa tujuan. Tujuan pertamanya, ialah untuk menanamkan konsep 'bekerja adalah ibadah', ini disebabkan, sebelum kewujudan Pasar ini, bidang perniagaan di Madinah dimonopoli seratus persen oleh golongan kaum Yahudi, di sebuah pasar Yahudi. Maka, Pasar Madinah  didirikan pada arah Barat Laut Masjid Nabawi, tidak jauh dari Pasar Yahudi yang sudah lama wujud di Madinah.

 Tujuan kedua ianya didirikan  ialah  untuk memberikan pilihan,dari Rifa’ah Ibnu Rafi’ bahwa Nabi  pernah ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?”. Beliau bersabda, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya dan setiap jual-beli yang bersih”. (HR. Al-Bazzar, Hadith sahih menurut Hakim).Ini kerana Pasar Yahudi yang sedia ada dengan penguasaan  seratus persen peniaga Yahudi, mengamalkan perniagaan secara penindasan dengan konsep 'mengambil hak orang lain adalah halal'. Ini menyebabkan dimana timbangan tidak tepat berlaku, contohnya? Banyak je berlaku sekarang, masa beli bila tengok, eh, betul, timbanganannya sekilo, balik rumah timbang balik, dah jadi 900gram! Penindasan kedua, ialah bila dicampur barang baik (berkualiti dan gred mahal) dan kurang baik (tidak berkualiti dan murah harganya) dan dijual dengan harga barang berkualiti. Yang ini pun biasa, kan? Rasanya tak perlu Mj bagi contoh pun, korang boleh berikan contohnya, sebab paling kurang sekali mesti setiap orang pasti pernah kena. 


Seperti yang diceritakan kepada Mj, beberapa bulan selepas Pasar Madinah ini diwujudkan, bukan saja ianya memberikan saingan kepada Pasar Yahudi, malahan, dalam masa tidak lama selepas itu, kesemua pedagang tidak lagi mengunjungi Pasar Yahudi sehinggakan semua peniaga di Pasar Yahudi mengalami kerugian yang sangat teruk, disebabkan barangan jualan yang tidak laku berlambakan. 


Maka, setelah bermesyuarat, salah seorang peniaga Yahudi tersebut ditugaskan untuk pergi ke Pasar Madinah tersebut, untuk menyiasat, bagaimana agaknya Pasar Madinah yang baru ditubuhkan itu boleh menjatuhkan Pasar mereka yang telah tegak berdiri berzaman-zaman lamanya!


Peniaga Yahudi yang ditugaskan untuk menjadi 'private investigator' itu pun bersiap untuk memulakan penyamarannya. Awal-awal pagi lagi dia dah ke Pasar Madinah tersebut. 'Macam biasa ja, pasarnya,' bisik hatinya. Iyalah, Pasar sudah tentu rupanya semacam pasar, kan? (Walaupun beza  Pasar ini, antara lain, Rasulullah tidak membenarkan perniagaan pajak didalamnya)


Private investigator tersebut pun berjalan-jalan di seluruh pelusuk pasar, mencari jawapan kepada persoalannya. Sedang dia berhenti berfikir-fikir, di depan sebuah kedai, dia di sapa oleh pemilik kedai tersebut yang memerhatinya, 'Tuan mahu beli apa?' Dek kerana terkejut, spontan dia menunjukkan barang dagangan yang berada di depannya. ' Ini, yang ini,'

Peniaga Malaysia yang 'berlakon' jadi peniaga di Madinah

'Alhamdulillah, harini murah rezeki saya, dah dapat jual banyak untuk jenis yang ni. Tuan belilah di kedai sebelah, hari ini beliau tiada pelanggan. Jangan risau, barangannya yang sama saja kualiti, timbangan dan harganya, tuan. Malahan, mungkin pembelian tuanlah rezekinya hari ini.'


Peniaga Yahudi yang menyamar tadi terkezut. Rupanya inilah rahsia terbesar KEJAYAAN dan KEHEBATAN Pasar Madinah. Attitude peniaganya! Sikap berbahagi rezeki kurniaan Allah.  Bulat kepercayaan, rezeki itu ditangan Allah, disamping ikhlas membantu rakan-rakan lain yang juga merupakan 'saingan perniagaannya'!


Berita baiknya, kalau kita lihat di sekeliling kita, Konsep Pasar Madinah bukanlah sesuatu yang asing, masih lagi wujud sekarang, bukan? Cuma berita sedihnya, di zaman sekarang, Konsep  Pasar Madinah itu diamalkan bukan oleh mereka yang menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w., yang menyanyikan dan mendengar lagu 'Maal Hijrah'  setiap tahun. Mungkin ada, cuma bilangannya boleh dikira.


Oleh itu, ada baiknya kita renungkan pesanan Rasulullah  ini, “Pedagang yang jujur amanatnya kelak di hari kiamat bersama-sama para nabi, shiddiqin dan para syuhada”. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah) 


Kesimpulannya, kehadiran Pasar Islam saja belum cukup, tapi harus juga ada pembinaan  sahsiah dan attitude para pedagang agar dapat memahami dan mempraktikkan hukum riba dan fiqih muamalat (ilmu dagang). Dan yang lebih baik lagi apabila para pedagang Pasar Islam itu dapat berilmu sehingga mampu berdakwah kepada umat. 


Aduh, sentap sendirian menaip entry ini, memang betul peringatan buat diri sendiri, terima kasih Tuan Ibrahim yang menyampaikan kisah ini pada Mj. Jenuh jugalah nak recall balik cerita yang dah disampaikan berbulan-bulan yang lepas.

No comments:

Post a Comment

MUA muda yang berpandangan jauh ke depan

(FB entry 19 Ogos 2015) Semalam di fb saya ramai yang puji muka lainlah..cantiklah..lepas di make up kan. Jadi saya nak share cerita pasal...